Wednesday, 26 October 2011

Aku Mencari Imamku .

Bismillahirrahmaanirrahiim :)

Aku mencari imamku,
Yang mampu membimbingku,
Yang mampu membawaku,
Yang mampu menyuluhku
ke jalan Nya.

Aku mencari imamku,
Yang sanggup memikul,
Yang sanggup menjinjing,
Yang sanggup membahu
Kalam Nya.

Aku mencari imamku,
Yang bila suaranya mengaji,
Aku teralun bersama.
Yang bila dia bermadah,
Aku terusik.
Yang bila dia membelai,
Aku lena.

Aku mencari imamku,
Dalam lorong yang masih samar.
Tatkala malaikat melebarkan sayap
di dalam 'taman syurga' .
Dia tersuluh oleh satu jalur tepat kepadanya.

Imamku biarlah tidak sempurna
tapi mampu bermuhasabah kepada dirinya.

Imamku biarlah tidak mampu melihat mahupun mendengar
tapi mampu tunduk kepada arahanNya.

Aku berkehendak kepada apa yang DIA kehendak.
Sang tuhan lebih mahu yang terbaik dari apa yang aku mahu.

Yang ku harap semoga aku bertemu dengan imamku dalam redha Nya.

Ameen

No comments:

Post a Comment