Sunday, 30 October 2011

Abi Umi



Bismillahirrahmaanirrahiim :)





Bukan senang menjadi seorang anak.
Tambah-tambah anak sulung perempuan pertama dalam keluarga.
Kehidupanku awalnya hanya seorang kanak-kanak perempuan biasa ,
yang hanya menempek ke mana sahaja abi pergi.
Ibarat belangkas ,
Apa yang abi lihat itu yang aku lihat.
Apa yang abi makan itu yang aku makan,
Apa yang abi ngajikan itu yang aku dengar.


Rutin harianku sangat indah tatkala itu.
Hari-hari ku didendangi dengan kalam-kalamNya.
Tiada unsur cacat cela yang pernah masuk ke telingaku saat itu.
Setiap subuh dan maghrib akan abi dudukkan aku di atas pangkuanNya untuk diajar mengaji.
Alif Baa Taa ~ 3Amma Ya tasaaa aluun
Sebak.

Umi,
Susu , roti dan madu yang menjadi sarapan harianku
menjadikan aku 'manusia' tatkala itu.
Sehinggakan nasi pun tidak ku sentuh .
Bukan kerana apa , kerana sudah terbiasa dengan hidangan itu.
Dendangan makanan-makanan rohani yang kau dendangkan masih terngiang di telingaku.

Abi,
Laungan azan , khutbah dan syarah abi yang aku rindukan.
Sehinggakan hari-hari sanggup aku bertenggek di masjid hanya kerana mahu mengamatinya.
Hanya dengan memandangmu hati aku jadi tenang, sayu dan patuh.
Hanya abi yang mampu memberi perasaan itu.

Hanya abi dan umi.....

Sayang.
Kerana kini , aku tidak merasakan aku adalah aku.
Aku yang kini dan aku yang dahulu...............BERBEZA !
Aku yang kini dan aku yang dahulu...............LAIN !
Aku yang kini dan aku yang dahulu...............KONTRA !
Ya Allah HidayahMU yang aku perlukan.
Aku perlukan perlukan perlukan !
Aku sudah tidak mampu berdiri sendiri berbekalkan ilmu yang terbatas dan perasaan yang lemah ini.
Aku rindu yang amat amat amat padaMu Ya Allah



“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak dikabulkan.”(HR Muslim 4899)

Wednesday, 26 October 2011

Aku Mencari Imamku .

Bismillahirrahmaanirrahiim :)

Aku mencari imamku,
Yang mampu membimbingku,
Yang mampu membawaku,
Yang mampu menyuluhku
ke jalan Nya.

Aku mencari imamku,
Yang sanggup memikul,
Yang sanggup menjinjing,
Yang sanggup membahu
Kalam Nya.

Aku mencari imamku,
Yang bila suaranya mengaji,
Aku teralun bersama.
Yang bila dia bermadah,
Aku terusik.
Yang bila dia membelai,
Aku lena.

Aku mencari imamku,
Dalam lorong yang masih samar.
Tatkala malaikat melebarkan sayap
di dalam 'taman syurga' .
Dia tersuluh oleh satu jalur tepat kepadanya.

Imamku biarlah tidak sempurna
tapi mampu bermuhasabah kepada dirinya.

Imamku biarlah tidak mampu melihat mahupun mendengar
tapi mampu tunduk kepada arahanNya.

Aku berkehendak kepada apa yang DIA kehendak.
Sang tuhan lebih mahu yang terbaik dari apa yang aku mahu.

Yang ku harap semoga aku bertemu dengan imamku dalam redha Nya.

Ameen

Tuesday, 25 October 2011

Buka Semula

Bismillahirrahmaanirrahiim :)

Kalam pembuka bicara tiada beza.
Yang dahulu tidak berubah.Yang dahulu tetap dahulu.
Nama, sama. ,Orang, sama. Pandangan , sama.
Yang beza mungkin, mungkin kalam isi kali ini lebih berakar.

Sudah lama rasanya tak bernukil madah dalam blogspot ni.
Rindu sebenarnya tapi apakan daya diri sendiri sudah hilang arah dan kalam.
InsyaAllah yang diharapkan kini bakal membentuk aku yang lebih 'berisi' di masa hadapan.


Menyesal! . Satu perkataan yang menjelaskan seluruh isi entri kali ini :)
Menyesal apa ya? Menyesal kerana melulu memadam entri-entri yang dikeringatkan diri sendiri selama setahun setengah lalu.
Hanya kerana sebab yang tidak relevan dan membabi buta,ilmu yang bermanfaat hilang sebegitu sahaja.Hanya kerana nafsu, hati bisu , batu.

Haisyyyy~ JANGAN MENGELUH !
Salahkan diri , pun JANGAN!
Jangan salahkan apa-apa.
Yang Lepas , biarkan lepas mengalir ke belakang.
Halangan di hadapan yang harus dipandang !
Orang cerdik pandai mengambil iktibar yang lepas tanpa mengungkit dan terus melangkah ke hadapan.

Tapi manusia ....
Hatinya lembut.
Akalnya buntu.
Dirinya lemah.

Kembalilah kepada TuhanMU.
Carilah RedhaNYA.
Semaikan CintaNYA.
InsyaAllah tenang hendakNYA.


اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ


“Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.”

Wassalam ~